‘Abang askar’ selamba biar ular tedung ‘main’ senapang


  • Benua
  • Jumaat, 09 Sep 2022

Seorang tentera memberikan reaksi bersahaja meskipun ular tedung berada di atas badannya.

KEHEBATAN seorang tentera penembak tepat yang menutup dirinya dengan timbunan daun bukan sahaja berjaya mengaburi mata pihak musuh.

Malah, tindakannya itu turut dapat memperdaya seekor ular tedung yang perlahan-lahan menjalar dari badan ke senapang miliknya.

Tanpa mempamerkan rasa takut, anggota tentera tersebut langsung tidak bergerak mahupun mengalihkan haiwan berbisa itu.

penampakan-king-kobra-bersama-penembak-jitu

Seekor ular tedung kelihatan seperti sedang memerhatikan pihak musuh.

Situasi tersebut dirakam menerusi sebuah video yang dimuat naik ke TikTok milik Luki Dwi Priyanto.

Dia difahamkan kerap berkongsi video latihan pasukan tentera Komando Pasukan Gerak Cepat (Kopasgat) Indonesia di media sosial terbabit.

Video berdurasi 30 saat itu nyata mendebarkan warganet sekali gus memuji keberanian anggota tentera berkenaan yang berani meskipun keselamatan nyawanya terancam.

penampakan-king-kobra-bersama-penembak-jitu11

Seorang tentera tenang ketika dihampiri oleh seekor ular tedung.

“Sekiranya anda di posisi begitu, bagaimanakah perasaannya?,” kata seorang pengguna TikTok.

Keadaan ular itu juga kelihatan seperti sedang memerhatikan kehadiran musuh dari jarak jauh. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram