SEORANG kanak-kanak perempuan disahkan maut selepas dipercayai terkena renjatan elektrik, dalam kejadian di Untawadi, India pada Khamis.
Dalam kejadian kira-kira pukul 9 malam itu, Grishma, 4, pada mulanya dilihat memegang bahagian peti sejuk beku aiskrim yang diletakkan di luar farmasi berdekatan rumahnya sebelum insiden itu berlaku.
Menurut Polis Untawadi, mangsa bersama bapanya Vishal pergi ke farmasi berkenaan untuk membeli sesuatu.
"Ketika ayah mangsa sedang memilih barangan yang perlu dibeli, kanak-kanak itu telah memegang peti sejuk beku aiskrim berkenaan dan terkena renjatan elektrik.
"Tubuh mangsa kelihatan mengeras dan kepalanya terkulai sebelum rebah dan tidak sedarkan diri.
"Ayah mangsa membawa Grishma ke hospital yang berdekatan namun doktor mengesahkan mangsa meninggal dunia," katanya.
Polis bagaimanapun tidak menyatakan siasatan dijalankan terhadap pemilik kedai itu atas faktor kecuaian. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram
