'Gayboy Cheras' kantoi intai, rakam kemaluan lelaki di R&R


  • Tular
  • Isnin, 05 Sep 2022

Pemuda berbaju merah itu merakam pengguna di tandas bersebelahan menggunakan telefon bimbitnya.

TINDAKAN seorang lelaki berkelakuan tidak senonoh mengintai dan merakam video di dalam tandas lelaki kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Dengkil di Lebuh Raya Elite, Selangor mengundang padah apabila apabila dia ditangkap orang awam.

Dalam satu video tular yang dimuat naik oleh salah seorang mangsa di halaman Facebook Kamal Garong memaparkan seorang pemuda dicekup selepas kantoi merakam video pengguna tandas di kawasan rehat tersebut.

"Jadi lelaki sekarang dah tak selamat. Baru saja tadi dekat R&R Dengkil dalam pukul 9 malam, Ahad.

"Tengah 'memerut', boleh pula dia rekod dari bawah tandas. Nasib aku jenis mata melilau, dapat tangkap.

"Aku suruh dia ikut tapi dia lari. Bila tanya kenapa lari, dia kata tak lari.

"Dia kata dia budak Cheras, sapa budak Cheras sila roger," tulisnya.

Difahamkan pemuda berbaju merah itu merakam pengguna di tandas bersebelahan menggunakan telefon bimbitnya.

Hasil pemeriksaan telefon bimbit lelaki itu, didapati banyak rakaman video orang awam sedang membuang air kecil.

Lelaki berkenaan kelihatan berada dalam ketakutan dan cuba untuk meminta maaf.

"Janganlah macam itu. Saya minta maaf, saya tidak buat apa-apa pun," katanya.

Turut tular beberapa gambar kenderaan Honda Civic dipercayai milik lelaki yang bernafsu songsang berkenaan.

Setakat ini video itu telah mendapat 3, 000 lebih tontonan dan mengundang pelbagai reaksi warganet.

Menurut Ahmad Idris, dia juga pernah menjadi mangsa kejadian yang sama di R&R kawasan Melaka pada awal tahun. Nampak separuh muka saja bawah pintu.

"Ingatkan hantu, rupanya memang wujud orang seperti ini. Bini aku gelakkan aku," tulisnya.

"Pakai kereta Honda mampu dan bukan susah nak cari perempuan, lelaki juga kau bernafsu. Elok dicampak dari bangunan tinggi makhluk seperti ini,"kata Isamuddin San.

Belum ada kenyataan rasmi daripada pihak berkuasa berhubung kes itu setakat ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram