TINDAKAN seorang wanita berjubah dan berpurdah mencuri minyak masak botol di sebuah pasar raya memakan diri apabila aksinya itu tular di sosial media pada Khamis.
Kejadian itu dirakam kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di pasar raya berkenaan.
Melalui video tersebut, kelihatan wanita yang menutup sebahagian mukanya menggunakan purdah itu menyembunyikan lima botol minyak masak ke dalam jubahnya.
Turut kelihatan seorang lelaki disyaki suami kepada wanita berkenaan melihat keadaan sekeliling bagi memastikan tindak-tanduk mereka tidak dilihat orang awam.
Selepas berjaya mencuri minyak masak tersebut, kedua-dua pasangan itu dilihat seperti berbincang sebelum meninggalkan pasar raya berkenaan.
Kejadian tersebut berlaku di salah sebuah pasar raya di Indonesia. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram