SATU video tular di media sosial sehingga mendapat kecaman daripada warganet berkaitan dengan tindakan seorang pelajar yang bersikap kurang ajar dengan gurunya di sebuah sekolah di Indonesia.
Menerusi video yang tular itu, guru tersebut didapat cuba merampas telefon bimbit yang digunakan pelajarnya ketika sesi pembelajaran sedang berlangsung.
Namun, ketika telefon itu mahu diambil, pelajar lelaki itu mengamuk dan merampas kembali dengan cara kasar sambil menjeling tajam ke arah gurunya.
Tindakan pelajar itu membuatkan gurunya terdiam ekoran terkejut kerana diperlakukan sedemikian.
Video tersebut mendapat kecaman warganet yang beranggapan bahawa pelajar itu perlu dikenakan tindakan buang sekolah ekoran perbuatannya itu.
Ada juga yang menganggap perbuatan pelajar itu hanya akan merugikan dirinya kerana bersikap kurang ajar dengan individu yang mencurahkan ilmu kepadanya.
Bagaimanapun tidak dapat dipastikan lokasi sekolah dan tarikh kejadian itu berlaku. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram