Lelaki 'mat saleh' dayus, tarik rambut isteri di khalayak ramai


  • Benua
  • Khamis, 25 Ogos 2022

Wanita berambut pendek itu cuba membawa mangsa namun lelaki itu menarik rambut isterinya. — Agensi

VIDEO seorang lelaki warga asing bertengkar dan menarik rambut isterinya di tepi jalan tular di media sosial selepas dimuat naik ke akaun Instagram @Donnyra baru-baru ini.

Menerusi video berdurasi 36 saat itu menunjukkan kekecohan antara seorang lelaki berbaju hitam dengan isterinya yang merupakan warga Indonesia.

Pasangan berkenaan bising di tepi jalan sehingga menjadi tontonan ramai orang.

Kelihatan juga seorang wanita berambut pendek yang berada di lokasi cuba menenangkan mereka berdua.

Wanita berambut pendek itu cuba membawa mangsa ke tempat lain namun lelaki itu menarik rambut isterinya.

"No no you stay here," kata lelaki berkulit putih itu sambil menarik rambut isterinya.

Manakala wanita itu pula hanya berdiam diri apabila rambutnya ditarik.

“Jangan paksa saya, saya suami dia, saya suami dia!” kata lelaki berkulit putih itu dengan nada marah.

Lelaki berkulit putih itu kemudian menyuruh isterinya pergi.

"Maaf saya terpaksa muat naik video ini, saya benar-benar muak dengan perangai orang ini dan saya harap perkara ini sampai kepada orang itu.

"Pada pendapat saya, suami pun tiada hak untuk berkelakuan kasar seperti itu di tempat awam. Tolong dia!," tulis pengguna Instagram itu.

Kejadian itu difahamkan berlaku di kawasan Sarinah Thamrin Mall, Jakarta Pusat, Indonesia. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram