BERANG tidak dibenarkan menaiki kereta api, seorang penumpang lelaki melakukan amang seksual dengan meraba payudara seorang wanita.
Dalam video tersebut menunjukkan suspek yang datang dari arah belakang secara tiba-tiba menghampiri petugas itu dan terus merabanya.
Suspek dilihat melakukan perbuatan jijik itu sebanyak dua kali sebelum beredar dari kawasan tersebut.
Difahamkan wanita tersebut bekerja sebagai salah seorang petugas di stesen kereta api Paledang, Bogor, Jawa Barat.
Pada waktu kejadian, suspek tidak dibenarkan menaiki kereta api tersebut kerana tidak mematuhi syarat yang telah ditetapkan.
Ketua Perhubungan Awam Operasi Kawasan Daop, Eva Chairunisa berkata, kejadian itu berlaku pada Isnin pagi.
"Suspek merupakan salah seorang daripada penumpang yang tidak dibenarkan menaiki kereta api kerana belum menerima suntikan vaksin Covid-19.
"Marah kerana dihalau keluar, suspek terus melakukan perbuatan tidak senonoh itu pada salah seorang pekerja wanita yang berada di situ," katanya.
Menurut Eva lagi, pihaknya telah melaporkan insiden tersebut kepada pihak polis. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram