SEORANG lelaki bertindak kejam apabila sanggup menyeret dan menolak isterinya ke arah kereta api yang sedang bergerak di Mumbai, India.
Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) itu, suspek dan mangsa pada mulanya dilihat bercakap sesama sendiri.
Tidak beberapa lama kemudian, ketika mangsa sedang tidur di atas bangku, suspek secara tiba-tiba mengheret mangsa ke arah landasan dan menolaknya keluar dari platform ketika kereta api menghampiri mereka.
Kereta api Awadh Express itu seterusnya menggilis mangsa sehingga meninggal dunia, manakala suspek dilihat bergegas membawa pergi kedua-dua anaknya dari lokasi kejadian.
Visual mengerikan itu dirakamkan di stesen kereta api Vasai pada pukul 4 pagi Isnin.
Menurut pihak polis, suspek sudah pun ditahan.
Suspek dan mangsa berada di stesen tersebut sejak Ahad.
Motif sebenar kejadian masih dalam siasatan polis. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram