Dua beranak maut, seorang cedera, motosikal dirempuh kereta lawan arus dipandu lelaki mabuk


  • 112
  • Isnin, 22 Ogos 2022

Sunil Kumar (kiri) dan anak lelakinya, Sreedev disahkan maut akibat kecederaan di bahagian kepala. — Agensi

SEORANG bapa serta anak lelakinya maut sementara seorang lagi anaknya cedera parah apabila motosikal mereka dirempuh pemandu mabuk dalam satu kemalangan di Nagaroor, selatan India pada Ahad.

Bapa berkenaan, Sunil Kumar, 45, dan anaknya, Sreedev, berusia lima tahun meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang lagi, Sreehari, 15, cedera dan masih mendapatkan rawatan.

Polis daerah berkata, siasatan awal terhadap pemandu, Shiraz, 32 dan penumpang kereta tersebut, Jafar Khan, 42 mendapati kedua-dua mereka didapati berada di bawah pengaruh alkohol.

"Kereta tersebut milik Jafar Khan, namun, ketika kejadian, polis mendapati Shiraz yang memandu kenderaan berkenaan.

"Kedua-dua mereka didapati mabuk dan pemeriksaan kesihatan sudah dijalankan ke atas mereka. Kami sedang menunggu keputusan," kata seorang pegawai yang menjalankan siasatan.

Media tempatan melaporkan, kemalangan berlaku apabila kereta tersebut dipandu melawan arus sebelum merempuh motosikal yang dipandu Sunil sehingga menyebabkannya tercampak ke penghadang jalan. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Polis, pemandu mabuk, India, maut, motorsikal