'Datang tempat orang jangan buat kacau' — Zamsaham tegur penyokong kencing, pijak bendera


  • Podium
  • Khamis, 11 Ogos 2022

Tangkap layar insiden perbalahan antara penyokong Perak FC dan Kelantan FC pada Rabu. — Facebook

PERLAWANAN Liga Perdana antara Perak FC dan Kelantan FC pada Rabu dicemari dengan insiden pergaduhan antara penyokong kedua-dua pasukan.

Perlawanan yang diadakan di Stadium Sultan Muhammadd IV, Kota Bharu, Kelantan menyaksikan perbalahan mula berlaku di sekitar hujung perlawanan.

Selain situasi berbalas balingan objek hingga memaksa penyokong Perak FC dikumpulkan di tengah padang, ada juga yang mendakwa bendera Kelantan dipijak penyokong The Bos Gaurus.

Terdapat dakwaan yang mengatakan bahawa penyokong Perak telah memijak bendera Kelantan dan kencing di atas padang selepas menang 2-1.

KOTA BHARU, 10 Ogos -- Penjaga gol Kelantan FC, Nik Mohd Amin Ahmad berjaya menumbuk bola dari gawang pintu golnya pada aksi perlawanan Liga Premier menentang pasukan Perak FC di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV di sini.

Keputusan Kelantan 1 - 2  Perak.--fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA

Antara aksi perlawanan yang menyaksikan Perak FC menang 2-1 ke atas Kelantan FC. — Bernama

Perkara itu turut mendapat perhatian pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman atau lebih dikenali dengan nama Zamsaham.

"Harap penyokong luar perlu lebih beradab dan profesional. Jangan datang ke tempat orang dan buat kacau.

"Kalah atau menang adat perlawanan. Saya boleh terima. Tapi kalau dah sampai provoke, kencing, pijak bendera, ini sesuatu yang tidak baik.

"Pada masa hadapan, perlu saling hormat menghormati. Semoga semua penyokong Kelantan semuanya sihat selamat pergi balik setiap perlawanan," katanya.

Sementara itu, beberapa penyokong turut meminta Norizam untuk mengambil tindakan terhadap pasukan Perak FC.

Ariff Shafiq berkata, perlu ada satu kenyataan rasmi daripada pengurusan untuk menjaga nama baik Kelantan FC disebabkan terlalu banyak tuduhan yang dibuat.

"Elok saman sahaja Perak FC kerana sudah menjatuhkan maruah Kelantan. Pijak orang tak mengapa lagi, ini pijak bendera negeri. Jangan dibiarkan," kata Mie Dayyan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram