SEORANG warga emas rakyat Malaysia ditahan atas kesalahan menyeludup dadah di Bali, Indonesia.
Tangkapan itu dibuat di Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai pada Rabu.
Suspek telah ditahan bersama sebuah beg mengandungi methamphetamine.
Suspek ditahan dikenali dengan pangkal nama H, 59, menggunakan modus operandi menyimpan dadah tersebut dalam kapsul ubat.
Pengarah Jabatan Siasatan Narkotik Bali, Iwan Eka Putra berkata, suspek datang ke Bali semata-mata untuk berhibur sambil berpesta dadah.
"Supek menyembunyikan bahan terlarang tersebut dengan memasuki dadah tersebut ke dalam kapsul ubat.
"Dadah itu kemudiannya disembunyikan dalam sebuah botol ubat," katanya.
Menurut Iwan, taktik suspek itu menjadi dan suspek berjaya mengaburi mata pihak berkuasa.
"Melalui rekod perjalanannya, suspek memulakan perjalanan dari Limbang, Sarawak dan kemudiannya berangkat ke Kuala Lumpur sebelum memasuki Indonesia.
"Hasil pemeriksaan makmal, kapsul yang ditemui itu mengandungi methamphetamine," jelasnya.
Sekiranya suspek didapati bersalah, dia berkemungkinan bakal dijatuhkan hukuman penjara selama empat tahun. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram