'Saya ada bukti incometax, report SPRM,' Uncle Kentang malas nak layan tuduhan Wan Chai songlap dana awam


  • Tular
  • Jumaat, 05 Ogos 2022

Uncle Kentang merupakan seorang aktivis yang banyak membantu orang awam. — Facebook/KuanCheeHeng

KUAN Chee Heng atau lebih dikenali dengan nama Uncle Kentang merupakan seorang aktivis serta sukarelawan kemanusiaan yang bergiat aktif dalam pelbagai misi bantuan kepada orang yang memerlukan di seluruh Malaysia.

Begitupun tiba-tiba namanya terpalit dengan tuduhan menyeleweng dana orang awam yang didermakan kepadanya untuk pengurusan jenazah orang Islam bagi tujuan lain.

Usaha murni Uncle Kentang itu disalah erti Pengasas Unit Khas Van Jenazah (UKVJ) yang dikenali dengan nama Wan Chai.

Wan Chai telah memuat turut satu status di halaman Facebook Mr Wan Cai Official mendakwa Uncle Kentang sudah mula menggunakan isu pasal pengurusan jenazah orang Islam untuk meraih simpati.

"Si b*** ini sudah mula main isu pasal pengurusan jenazah orang Islam untuk meraih simpati.

"Saya beri amaran keras kepada Uncle Kentang. Jangan main-main dengan pengurusan jenazah orang Islam.

"Tak perlu jadi orang tengah untuk uruskan jenazah orang Islam. Hei orang tua k*** tak sedar diri.

"Jenazah orang Islam jangan dibuat modal untuk mencari duit," tulisnya.

Interview uncle Jack and Uncle Kentang for merdeka supplement.AZHAR MAHFOF/The Star (20/7/2020)

Kuan Chee Heng berkata tuduhan menyeleweng duit tersebut tidak berasas dan berniat untuk menjejaskan nama baiknya.

Tidak mudah melatah, Uncle Kentang membidas dakwaan individu tersebut.

"Kalau orang nak kata tuduh saya macam-macam, saya ada bukti rekod incometax, laporan dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) and pelbagai lagi.

"Bagi saya tuduhan tersebut tidak berasas.

"Niat saya hanya nak membantu masyarakat dan orang susah," katanya kepada Majoriti.

Tambahnya lagi, beliau juga enggan melayan tuduhan tersebut kerana ia seolah-olah berniat untuk menjejaskan nama baiknya.

"Orang boleh cakap apa saja, terpulang pada mereka. Saya tak nak layan.

"Kalau hari-hari macam ini dan nak kena layan boleh jadi pening.

"Saya bantu orang tanpa mengira bangsa dan agama,"

"We do better for our country," katanya.

Jelasnya lagi, sebelum memberi bantuan kepada orang awam, pihaknya akan menyelidik latar belakang individu tersebut terlebih dahulu.

"Kita tidak boleh nak terus bagi bantuan, kena selidik dahulu.

"Tujuannya untuk elak orang salah guna bantuan dana itu.

"Contohnya ada invidu yang selalu sangat minta bantuan tapi bila kami periksa bantuan itu disalah guna.

"Tapi begitulah manusia, bila tidak diberi mulalah fitnah sana sini," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram