TEMAN lelaki wanita yang bayinya meninggal dunia dipercayai didera di Sungai Siput, Perak ditahan polis untuk membantu siasatan.
Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, lelaki tersebut ditahan pada hari yang sama dengan ibu mangsa ditahan pada Isnin.
"Teman lelaki itu seorang anggota polis yang bekerja di luar Perak dan telah digantung tugas. Dia kini ditahan reman selama tujuh hari bermula 26 Julai," katanya kepada pemberita selepas merasmikan balai polis Pulau Pangkor di Pulau Pangkor, Perak pada Rabu.
Katanya, kes akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Pada 25 Julai, seorang bayi lelaki berusia lapan bulan di Sungai Siput meninggal dunia selepas didakwa didera.
Mangsa dibawa ke hospital oleh ibunya selepas ditemui tidak sedarkan diri di Sungai Siput.
Pemeriksaan awal mendapati, terdapat banyak kecederaan pada badan bayi tersebut, dan hasil bedah siasat mendapati kecederaan bayi itu berpunca daripada objek tumpul.
Ibu berusia 30 tahun itu bekerja sebagai jururawat dan sudah bercerai sejak enam bulan lalu. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram