IBARAT mati hidup semula, seorang warga emas kini boleh menarik lafas lega selepas berjaya mendapat kembali dokumen pengenalan diri setelah dia diisytiharkan meninggal dunia sejak tahun 1997.
Masalah Ong-art Boonyarit, 65 bermula pada akhir tahun 2013 untuk memperbaharui dokumen pengenalan diri.
Namun, permintaannya telah ditolak oleh pegawai yang bertugas atas alasan Ong telah direkodkan telah mati pada tahun 1997.
Pegawai tersebut memberitahu, seorang individu bernama Chuchart Detkla telah mengemukakan permintaan kepada Perbandaran Nonthaburi untuk mendapatkan sijil kematian bagi Ong-art Boonrit, seorang pesakit yang meninggal dunia akibat radang paru-paru di Central Chest Institute of Thailand di wilayah Nonthaburi, Thailand pada 5 November 1997.
Menurut Ong, dia tidak pernah mengenali individu bernama Chuchart dan hanya mengetahui perkara tersebut pada tahun 2013 sekali gus menyebabkan dia kehilangan keistimewaan hak warganegara Thailand termasuk faedah kebajikan negeri, dan pencen bulanannya.
Sementara itu,Ketua daerah Muang, Narongchai Jindapan berkata, kesilapan pendaftaran kematian itu berlaku apabila ada pesakit didaftarkan dengan nama yang sama dengan Ong-art Boonyarit meninggal dunia.
"Chuchart yang ketika itu bekerja sebagai pegawai di bilik mayat Central Chest Institute telah pergi ke pejabat Perbandaran Nonthaburi untuk memaklumkan kematian lelaki itu dan meminta sijil kematian.
"Dalam borang permintaan dia mengisi nama dan nama keluarga si mati tetapi mengosongkan ruang untuk nombor pendaftaran 13 digit si mati.
"Apabila kematian yang dilaporkan disimpan dalam sistem pendaftaran, nombor pendaftaran Ong disalah diisi secara tidak sengaja," katanya. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram