SEORANG lelaki membunuh teman wanitanya yang baru berusia 19 tahun di sebuah rumah di Jalan Buaran Megah, Jakarta Timur, Indonesia ekoran rasa cemburu pada Isnin.
Ketua Polis Jakarta Timur, Budi Sartono berkata, suspek yang berusia 25 tahun sebelum itu sudah mengesyaki bahawa teman wanitanya berlaku curang sebelum itu.
"Suspek kemudian telah memeriksa telefon mangsa dan didakwa telah menemukan bukti bahawa teman wanitanya berlaku curuang.
"Berlaku pergaduhan antara mereka kerana sikap cemburu yang kemudian membawa kepada pembunuhan di mana suspek telah mencekik leher mangsa sehingga maut," katanya.
Menurut Budi, suspek kemudian telah lari ke rumah orang tuanya yang berada di kawasan Klender, Jakarta Timur, Indonesia.
Menurutnya, berdasarkan makumat yang diterima daripada orang ramai, pihaknya telah melakukan serbuan dan menangkap suspek di rumah keluarganya. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram