ANGKATAN Pertahanan Awam (APM) Sarawak bercadang membuka 10 lagi pusat kawalan operasi daerah berikutan pertambahan penduduk.
Pengarahnya Abdul Wahab Rahim berkata, pusat baharu itu akan didirikan di Saratok, Kabong, Lubok Antu, Kanowit, Selangau, Tanjung Manis, Dalat dan tiga daerah lain yang akan dikenal pasti kemudian.