Berdepan Harimau Kumbang, JDT mungkin turunkan Bergson, bukti tak pandang rendah pasukan corot


  • Podium
  • Rabu, 20 Jul 2022

Ada pemerhati bola sepak merasakan pertembungan antara Penang FC dan JDT bukan sesuatu yang boleh dipandang sebelah mata. — Facebook

PASUKAN Penang FC akan melayani kunjungan pendahulu Liga Super, Johor Darul Takzim (JDT) di Stadium Bandaraya, pada Rabu.

Bagi sesetengah peminat bola sepak tanah air, perlawanan itu mungkin dianggap mudah lantaran JDT selaku gergasi Liga Malaysia (Liga M) hanya bertemu dengan pasukan di tangga tercorot.

Walaupun terdapat sentimen sedemikian dalam kalangan peminat, ada pemerhati bola sepak merasakan pertembungan dua pasukan itu bukan sesuatu yang boleh dipandang sebelah mata.

Laman Facebook penyokong JDTFC menyifatkan skuad Harimau Selatan tidak memandang rendah mana-mana pasukan lawan berdasarkan dua pertembungan sebelum ini.

"Bermain away menentang Penang pada Rabu bukanlah perlawanan yang mudah bagi JDT walaupun Penang adalah pasukan tercorot.

"Kita boleh lihat pasukan seperti Melaka dan Sabah menunjukkan aksi yang sangat baik apabila berdepan dengan JDT di tempat sendiri," katanya dalam satu hantaran status.

293747320_2342468695916416_2904802687226952957_n

Sebahagian pemain JDT menjalani latihan sebelum pertemuan dengan Penang FC. — Facebook

Perkara itu diakui beberapa pengikut laman penyokong JDTFC yang merasakan pasukan lawan tak bagi muka kepada Harimau Selatan apabila bermain di hadapan penyokong sendiri.

"Betul tu...mana-mana team kalau lawan JDT akan main bermati-matian. Sebab kalau menang, pasukan itu akan jadi pasukan pertama berjaya meleburkan rekod tanpa kalah JDT sejak 2021 lagi.

"Good luck team JDT, semoga sukses...Dari Kedah with love," kata Abd Ruslan Azizan.

Aji Apro turut merasakan hal itu yang mungkin menyebabkan pengendali JDT, Benjamin Mora tidak berani mengambil risiko membuat perubahan dalam kesebelasan utama pasukannya.

"Salah satu sebab Mora takut rotate player terlalu ramai ialah tiada pasukan yang tak bagus apabila jumpa JDT...kena faham Mora pun tak berani pandang rendah pasukan lain.

"Dia pun tak berani ambil risiko...dia dah terkena masa final Piala Malaysia sebelum ini. Cuma risiko apabila Mora berbuat demikian, pemain akan mengalami keletihan," ujarnya.

Bergson mendapatkan khidmat menggunting rambut sebelum ke Pulau Pinang. — Facebook

Kata Syed Saiful, "JDT ni apabila game je macam final...tu yang bertambah power sebab game susah baru betul-betul diuji."

"Automatik power dan bertenaga apabila dua harimau mengaum bertembung bro," tambah Hasbolah Aman.

Dalam pada itu, JDTFC turut berkongsi satu video menunjukkan penyerang skuad Harimau Selatan, Bergson da Silva mendapatkan khidmat menggunting rambut sebelum ke Pulau Pinang.

Rakaman itu sekali gus memberi bayangan penyerang import dari Brazil itu sudah pulih daripada kecederaan buku lali dan berkemungkinan akan diturunkan Mora dalam kesebelasan utama bertemu Penang FC.

"Sebelum ke Penang sempat Bergson memotong rambut bersama Atatcutz Iskandar Puteri, membuat house call grooming ditemani living legend, (Guilherme) de Paula," tulisnya.

JDT mengumpul 26 mata menerusi 10 perlawanan manakala skuad Harimau Kumbang pula hanya memperoleh tujuh mata selepas mengharungi 11 perlawanan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram