SEORANG lelaki yang berada dalam keadaan mabuk tergamak merogol anak perempuannya yang berusia 15 tahun dalam satu kejadian pada Selasa.
Suspek yang berusia 43 tahun telah ditahan polis di Kabupaten Dompu, Indonesia selepas satu laporan dibuat oleh nenek mangsa yang mengetahui perkara tersebut pada Rabu.
Jurucakap polis, Akhmad Marzuki berkata, ketika kejadian, mangsa sedang berada di dalam biliknya berseorangan.
"Suspek yang baru pulang ke rumah dalam keadaan mabuk telah masuk ke bilik mangsa dan mengunci pintu bilik.
"Mangsa telah diugut untuk bersetubuh dengannya dan jika tidak mahu, suspek tidak membenarkannya untuk keluar bertemu rakan-rakan," katanya.
Akhmad Marzuki berkata, suspek kemudian keluar daripada bilik berkenaan dan masuk ke bilik isterinya.
Jelasnya, mangsa yang terkesan dengan kejadian tersebut bertindak melarikan diri ke rumah neneknya pada keesokan hari.
Terkejut dengan apa yang berlaku, katanya, nenek mangsa telah membuat satu laporan polis berkaitan hal kejadian sebelum suspek ditahan selepas itu. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram