Doktor jalin hubungan terlarang bersama isteri orang kena cekup di hotel


  • Benua
  • Ahad, 10 Jul 2022

Doktor dan wanita tersebut bekerja di hospital sama. — Gambar hiasan

SEORANG doktor ditahan pihak polis selepas dipercayai melakukan hubungan terlarang dengan seorang wanita, yang juga bergelar isteri orang di sebuah hotel, di Kecamatan Kaliwungu, dekat Kabupaten Kudus, Jawa Tengah, Indonesia.

Perkara itu terbongkar selepas peguam kepada suami wanita itu membuat laporan polis pada Rabu lalu.

Ketua Polis Kaliwungu, Asisten Komisioner Asnawi mengesahkan bahawa perkara itu masih dalam siasatan polis.

"Ya memang benar," katanya ketika mengesahkan perkara itu pada Ahad.

Sebelum ini, peguam yang dikenali sebagai Slamet Riyadi berkata, pihaknya membuat laporan tentang hubungan sulit seorang doktor yang bekerja di sebuah hospital kerajaan di Kabupaten Jepara, Jawa Tengah bersama isteri anak guamnya.

Menurutnya, isteri anak guamnya itu bekerja di hospital sama dengan doktor tersebut.

Slamet berkata, mereka ditangkap pada Selasa lalu ketika menginap di hotel pada waktu malam hingga subuh.

"Mereka menginap bermula pukul 7.30 malam dan keluar dari bilik pukul 9 malam.

"Kedua-duanya kemudian masuk ke bilik semula pukul 11 malam dan pukul 1 pagi mereka keluar dari pintu belakang hotel ketika kami membuat serbuan. Kereta mereka ditinggalkan di hotel tersebut," katanya.

Slamet berkata, kedua-dua doktor dan wanita tersebut mengakui bahawa mereka mempunyai hubungan terlarang dan memohon maaf atas keterlanjuran itu.

Malah, katanya, mereka juga telah beberapa kali menginap di hotel tersebut. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

hubungan sulit, isteri, doktor, Indonesia