Panik, sehari sebelum disembelih tiba-tiba lembu sempat singgah kedai buku


  • Benua
  • Ahad, 10 Jul 2022

Tangkap layar lembu korban itu sedang dipujuk untuk keluar daripada kedai buku berkenaan. — Agensi

VIDEO tular seekor lembu berada di kedai didakwa membuka ikatannya dan meluru masuk ke premis berkenaan yang terletak di Jalan Letjend Sutoyo 56, Kampung Burengan, Kota Kediri, Jawa Timur, Indonesia.

Susulan kejadian pada Sabtu itu, ramai pengunjung dan pekerja kedai buku berkenaan panik dan berlari keluar daripada lokasi kejadian.

Rakaman video kejadian lembu meluruh masuk ke kedai buku.

Ketua Kampung Burengan, Adi Sutrisno mengesahkan kejadian itu dan menurutnya, ia adalah lembu yang akan disembelih pada Ahad.

"Jadi itu adalah binatang korban hamba Allah yang dipelihara di salah satu masjid di RW 3. Tapi talinya terlepas karana haiwan itu kuat dan akhirnya ia berjaya melepaskan diri," kata Adi pada Sabtu.

Setelah lama berada di kedai buku, sebilangan penduduk cuba masuk dan berusaha mengeluarkan lembu itu dari kedai.

"Tiada kerosakan dan ia telah diselesaikan antara pihak masjid dan kedai buku Perdana. Lembu itu juga selamat dan dalam keadaan sihat," tambah Adi.

Seorang penduduk yang kebetulan berada berhampiran kedai buku itu, Habib, 35, berkata, dia terkejut melihat seekor lembu berlari di tepi jalan dan memasuki kedai buku itu.

“Saya dan beberapa rakan ketawa melihat lembu itu masuk dan ia membuatkan pengunjung dan pekerja kedai panik. Lebih-lebih lagi apabila sebilangan penduduk memujuk lembu tersebut untuk keluar dari kedai, tetapi lembu itu bertegas ingin memasuki semula kedai berkenaan. Senario itu seolah-olah lembu itu berasa selesa dengan suasana kedai buku itu,” kata Habib.

Menurut Habib, selepas 30 minit berada di kedai buku dan pekarangan kedai, penduduk berjaya mengalihkan lembu itu dan membawanya semula ke perkarangan masjid. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram