
SEKUMPULAN petunjuk perasaan bertindak di luar kawalan apabila membaling kerusi dan meja di hadapan sebuah bar di Portimao, Algarve, Portugal pada Rabu.
Menerusi sebuah rakaman tular, dipercayai seramai 20 warga Britain terlibat dalam serangan tersebut. Kata saksi, kejadian itu berlaku dalam sekelip mata sebelum semuanya melarikan diri.
Pihak Polis Keselamatan Awam (PSP) mengakui terkejut dengan insiden itu, namun mereka bersyukur kerana tiada mangsa tercedera.
Menurut pengurus bar, Ricardo Teixeria, kejadia itu berlaku dengan pantas dan kumpulan terbabit menjadi semakin agresif akibat campur tangan pegawai keselamatan.
Tangkap layar rakaman kejadian amukan kira-kira 20 warga Britain di sebuah bar di Portugal.— Agensi
"Sekitar pukul 1 pagi, ada dua kumpulan bertembung. Semua pekerja dan keselamatan kami dalam keadaan baik dan tiada sebarang kecederaan.
"Situasi ini satu perkara yang luar biasa berlaku di bandar Portimao. Kebiasaannya kami tidak mempunyai sebarang masalah seperti ini meskipun melibatkan warga asing atau tempatan," jelasnya.
Pihak berkuasa tempatan yakin kumpulan lelaki terbabit berasal dari Britain dan Ireland serta berusaha mengenal pasti punca pergaduhan tersebut berlaku. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram