Tunggang motosikal sambil cabul budak 9 tahun, warga emas kena cekup


  • Benua
  • Selasa, 28 Jun 2022

Meskpun penjenayah ditangkap, namun trauma dan pengalaman hitam tetap ada dalam diri mangsa. — Agensi

JIJIK dan tidak berperikemanusiaan. Itulah kata-kata sesuai untuk mengambarkan sikap seorang warga emas berusia 67 tahun yang sanggup mencabul kanak-kanak perempuan ketika sedang menunggang motosikal.

Menurut Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Bukit Tinggi, Indonesia, Adriansyah Rollindo, suspek didakwa melakukan perbuatan terkutuk itu ke atas mangsa berumur sembilan tahun.

Katanya, wanga emas terbabit ditangkap pada Sabtu lalu (25 Jun) di Sungai Puar, Kabupaten Agam.

"Empat petugas kami menangkap pelaku bersama waran tanggap," kata polis seperti lapor CNN Indonesia.

Tambah Rollindo, berdasarkan keterangan suspek, kejadian 'hitam' itu berlaku ketika mangsa diminta untuk duduk di depan suspek manakala dua rakannya di belakang motosikal.

Sepanjang perjalanan, mangsa yang berada di depan dicabul suspek.

Pihak polis kemudian mengumpul semua bahan bukti seperti motosikal Honda Vario warna hitam putih dan pakaian mangsa.

Siasatan lanjut dilakukan Ketua Ibu Pejabat Polis Bukit Tinggi. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram