Berang ditegur main gitar tengah malam, pemuda tak fikir panjang terus bakar rumah jiran


  • Benua
  • Isnin, 27 Jun 2022

Suspek (tiga dari kiri) sempat ditangkap penduduk sebelum diserah kepada pihak berkuasa. — Agensi

SEORANG lelaki berusia 21 tahun ditahan kerana cuba membakar rumah jirannya selepas tidak berpuas hati ditegur terlalu kerap bermain gitar hingga ke tengah malam.

Kejadian berlaku di Cipinang Muara, Jakarta Timur, Indonesia pada Ahad dan suspek juga telah ditangkap oleh pihak berkuasa.

Ketua polis Jatinegara, Entong Raharja berkata, jiran suspek, wanita yang dikenali dengan nama Marfuah sebelum itu menegurnya kerana terlalu kerap bermain gitar hingga ke tengah malam.

"Lelaki itu kemudian bertindak cuba membakar rumah jirannya itu dengan menggunakan kain sebagai bahan bakar.

"Bagaimanapun, belum sempat api merebak, penduduk kampung telah bergegas memadamkan kebakaran dan menangkap suspek sebelum diserahkan kepada pihak berkuasa," katanya.

Dalam pada itu, tuduhan warganet yang mengatakan suspek dipengaruhi dadah atau alkohol juga disahkan Raharja sebagai tidak benar.

Ujarnya, suspek melakukan perkara itu dalam keadaan sedar dan tidak dipengaruhi dadah atau alkohol.

Tambahnya, kes kini masih dalam siasatan dan jika didapati bersalah, boleh dihukum penjara maksium selama 12 tahun. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram