Cuaca terik disyaki punca pendaki wanita maut di Grand Canyon


  • Benua
  • Jumaat, 17 Jun 2022

Seorang wanita didapati meninggal dunia ketika sedang mendaki Grand Canyon. — Agensi

SEORANG wanita warga Kanada didapati maut ketika mendaki di Taman Negara Grand Canyon, Arizona, Amerika Syarikat.

Mangsa, Melanie Goodine, 41, dilaporkan mengalami kesukaran saat melakukan pendakian di kawasan Laluan Bright Angel berhampiran Three-Mile Resthouse.

"Tidak lama selepas itu, mangsa tidak memberi maklum balas dan beberapa individu di sekitarnya mula memberikan bantuan pernafasan (CPR).

"Anggota mencari dan menyelamat Perkhidmatan Taman Negara (NPS) segera mengambil tindakan dengan menjalankan usaha menyelamatkan mangsa, namun gagal," katanya wakil NPS.

Sebelum kejadian, Goodine dipercayai sedang berjalan keluar selepas mendaki berhampiran kawasan Sungai Colorado.

Keadaan suhu yang mencecah 40 darjah Celsius dikatakan menjadi salah satu cabarannya buatnya untuk meneruskan pendakian.

"Pemilihan laluan yang dipilihnya mampu mencapai sehingga 35 kilometer untuk perjalanan pergi dan balik," jelas jurucakap Taman Negara Grand Canyon, Joelle Baird.

Pemeriksaan kesihatan dan siasatan pihak berkuasa turut dijalankan bagi mengetahui punca sebenar kejadian.

Susulan kejadian itu, para pendaki dinasihatkan menyemak tahap laluan dan cuba untuk mendapatkan maklumat yang tepat.

Pelawat Grand Canyon juga dinasihatkan agar minum banyak air dan cuba berteduh di tempat yang redup termasuk mengenakan pakaian longgar dan bersesuai dengan cuaca. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram