Nak lakukan aktiviti ekstrim di bulan Ramadan, ini 6 tip mendaki gunung ketika puasa


  • Sihat
  • Sabtu, 23 Apr 2022

Pilih gunung yang mempunyai laluan yang agak mudah dan jangan mendak dengan laluan yang agak susah.

PUASA seharusnya tidak menjadi halangan seseorang itu untuk melakukan sebarang aktiviti luar seperti mendaki bukit ataupun gunung demi menjaga kecergasan badan.

Tidak dapat dinafikan mendaki gunung merupakan perkara yang memenatkan terutamanya di bulan puasa namun sebenarnya apabila melakukan aktiviti itu semasa Ramadan ia akan mencipta pengalaman menarik.

Berikut merupakan beberapa tip yang boleh dilakukan untuk mendaki gunung semasa berpuasa;

1. Mendaki di pertengahan bulan Ramadan

  • Jangan mendaki ketika bulan puasa baru bermula kerana pada minggu pertama Ramadan, badan masih dalam peringkat penyesuaian dengan irama puasa harian.
  • Anda boleh mendaki pada minggu kedua atau ketiga, kerana pada ketika itu badan sudah mula menyesuaikan diri dengan rentak puasa.
  • Seminggu sebelum mendaki, anda harus mula mengamalkan senaman ringan semasa berpuasa. Contohnya berjoging atau berbasikal.

2. Pilih tanah tinggi yang tidak terlalu sukar

Pilih gunung yang mempunyai laluan yang agak mudah dan jangan sesekali berniat untuk mendaki dengan laluan yang agak susah.

  • Walaupun laluan untuk mendaki gunung itu diketahui mudah oleh pendaki tegar namun anda perlu sentiasa berwaspada dengan segala kebarangkalian yang boleh berlaku.
  • Jangan biarkan aktiviti mendaki itu membuatkan anda terpaksa mengambil keputusan untuk tidak berpuasa atas alasan sakit atau tidak kuat.

3. Pilih mendaki waktu malam

hiking malam

Mendaki pada sebelah petang adalah sangat sesuai

  • Memilih waktu mendaki yang betul pada bulan puasa boleh menjadi satu penyelesaian dan perlu mengelak mendaki pada waktu pagi atau petang ketika matahari terik.
  • Mendaki pada sebelah petang adalah sangat sesuai dan di tengah-tengah perjalanan, anda boleh berhenti sebentar untuk menikmati waktu berbuka kaki gunung.
  • Sebagai alternatif, anda boleh mula mendaki selepas solat Tarawih dan jika laluan mendaki adalah mudah, kemungkinan akan sampai di puncak pada waktu subuh. Kemudian, anda boleh pulang ke rumah pada sebelah petang keesokan harinya.

4. Ajak kawan berpuasa untuk mendaki

  • Jika membawa kawan pendaki yang tidak berpuasa, ia boleh menjadi godaan besar ketika mendaki, terutamanya jika anda memilih untuk mendaki pada sebelah petang kerana mereka boleh makan dan minum dengan bebas apabila letih saat anda sedang menahan lapar.
  • Justeru, tidak ada salahnya memilih pasangan pendaki yang sama-sama berpuasa tetapi jika iman anda kuat, tidak kira siapa pasangan pendaki anda.

5. Ambil multivitamin tambahan semasa sahur

  • Selain mengekalkan pengambilan karbohidrat dan protein, anda juga perlu mengambil multivitamin tambahan pada waktu sahur.
  • Matlamatnya adalah untuk mengekalkan stamina semasa melakukan aktiviti luar.

6. Membawa barang yang sesuai

melipat

Menyusun dengan teliti barangan yang dibawa ketika mendaki.

  • Fikirkan dengan teliti sebelum membawa barang-barang semasa mendaki semasa bulan puasa.
  • Buang terlebih dahulu benda yang tak penting kerana jika mendaki semasa berpuasa akan membuat anda keletihan berganda, terutamanya jika anda membawa barang yang terlalu berat.
  • Sebagai contoh, lebih baik memilih beg tidur atau tilam dengan bahan ringan dan anda juga boleh memilih untuk membawa seluar yang mempunyai keupayaan cepat kering.
  • Untuk mengambil gambar semasa mendaki, cukuplah membawa telefon pintar tanpa perlu membawa kamera DSLR berat dengan lensa tambahan.

Selain tip yang diberikan itu, pendaki juga perlu memberi perhatian kepada perkara penting lain, seperti keadaan cuaca, rupa bumi, atau keadaan badan anda sebelum mendaki.

Ingat, jangan terlalu memaksa diri untuk mendaki apabila keadaan tidak mengizinkan. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Mendaki, Hiking, Gunung, Bukit, semasa puasa, ramadan