Bunuh wanita hamil anak kembar dan pasangan di Taiwan, suspek didakwa bakal serah diri


  • Benua
  • Khamis, 16 Jun 2022

Pihak polis berusaha menjejaki pembunuh yang terlibat dalam kes pembunuhan di Taiwan. — Agensi

POLIS Thailand melancarkan operasi memburu seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam jenayah pembunuhan pasangan Thailand di Taiwan pada 9 Jun lalu. Suspek yang merupakan lelaki Thailand itu turut memiliki kewarganegaraan Taiwan.

Pesuruhjaya Biro Siasatan Pusat Pol Leftenan Jeneral, Jiraphop Bhuridej, polis Thailand menerima panggilan dipercayai daripada kenalan rapat suspek, Santi Supa-apiradeepailin yang memaklumkan lelaki berusia 35 tahun itu akan menyerah diri.

Susulan itu pihak Interpol Thailand turut berusaha menjejaki koordinasi lokasi panggilan telefon dibuat.

Kata Jiraphop, suspek tidak akan dihantar ke Taiwan sebaliknya pendakwaan dan perbicaraan akan berlangsung di Thailand.

"Minggu lalu, Pejabat Ekonomi dan Kebudayaan Taipei di Bangkok meminta polis Thailand menahan suspek atas dakwaan pembunuhan pasangan Thailand. Wanita yang meninggal dunia itu dilaporkan sedang hamil bayi kembar kira-kira kandungannya berusia lima bulan.

"Mayat kedua mangsa pula ditemui dalam but kereta milik mangsa yang ditinggalkan berhampiran kawasan Stesen Kereta Api Taoyuan, barat laut Taiwan," jelasnya.

t-07-Police-search-for-wanted-man-murdering-Thai-couple-in-Taiwan

Tangkap layar menunjukkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan mangsa sedang melewati kawasan kaki lima sebuah premis di Taiwan. — Agensi

Pada 10 Jun, polis Taiwan mengesyaki mangsa dipukul hingga mati dua hari sebelum mayat dijumpai.

Motif pembunuhan dipercayai melibatkan konflik perniagaan.

Mahkmah Jenayah Thailand turut mengeluarkan waran tangkap bagi menahan Santi.

Pencarian suspek dijalankan sekitar wilayah Chiang Rai dan Chiang Mai melibatkan polis dari Bahagian Pencegah Jenayah Bangkok dan pegawai dari wilayah utara Thailand.

Menurut siasatan, suspek pernah dilihat meninggalkan kawasan Stesen Taoyuan dan membonceng sebuah motosikal bersama seorang lelaki tidak dikenali.

Terdapat juga laporan mengatakan kes tersebut turut terkait dengan kumpulan etnik minoriti di sepanjang sempadan Thai-Myanmar.

Sehubungan itu polis Thailand mengesyaki Santi berkemungkinan sedang berlindung di Myanmar. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram