PENDUDUK setempat gempar apabila dikejutkan dengan penemuan empat rangka manusia di sebuah kawasan bekas tapak kelab malam di Barrack Street, Ireland.
Perkara tersebut disahkan oleh pihak Majlis Bandaraya Cork ketika mereka sedang melakukan proses merobohkan bangunan asal iaitu pusat hiburan, Nancy Spain untuk membina sebuah pangsapuri.
Siasatan lanjut yang dilakukan oleh ahli arkeologi menyifatkan penemuan tersebut sebagai jenayah pembunuhan beramai-ramai apabila dua lagi rangka manusia turut ditemukan.
Lebih menyayat hati, penelitian insiden pada Oktober tahun lalu itu mendapati ada rangka berada dalam keadaan tangan terikat.
Keadaan lokasi penemuan rangka manusia. — Agensi
Ahli ahli osteo-arkeologi, Niamh Daly, berkata, kesemua mayat tidak dikendalikan dengan baik dan diperlakukan secara tidak adil.
"Empat daripada mereka ditemukan dalam keadaan pergelangan tangan diikat ke belakang dan tidak menolak kemungkinan jika kaki mereka turut diikat.
"Ujian analisis makmat mendedahkan keenam-enam mangsa merupakan lelaki manakala tiga daripadanya berusia antara 18 dan 25 tahun," terangnya.
Berdasarkan jantina, umur, sifat dan kedudukan pengebumian menunjukkan wujudnya hubung kait dengan anggota tentera.
Penggalian rangka manusia yang dilakukan oleh pihak arkeologi pada Oktober tahun lalu. — Agensi
Sementara itu, menurut Pengarah Pengalian Arkeologi, David Murphy, proses kematian mempunyai kaitan dengan pengaruh pentarikhan radiokarbon sejarah setempat.
"Penemuan dan penyelidikan mendapati rangka berkemungkinan dari era pemerintahan Viking Norse-Gaels atau dikenali sebagai Hiberno-Scandinavian lewat abad ke-11 atau awal abad ke-12 di Cork," katanya.
Susulan kejadian, perbincangan antara Koroner Bandar dan Pakar Patologi Negeri berpuas hati mengisytiharkan sebagai penemuan bersejarah. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram