Penyamun depan mata, mangsa tanggung rugi RM3.5 juta


  • Benua
  • Rabu, 15 Jun 2022

Sedutan rakaman CCTV yang menunjukkan suspek merompak mangsa. — Agensi

SEORANG lelaki bertindak mengekori sebuah keluarga yang sedang bersiar-siar dengan niat untuk mencuri seutas jam tangan mewah berjaya di rakam kamera litar tertutup (CCTV).

Kejadian yang berlaku di Gothic Quarter, tengah Barcelona, Seponyol itu merakam suspek yang datang dari arah belakang secara tiba-tiba menarik bahu mangsa sebelum merentap jam pada tangan mangsa.

Hasil rakaman turut menunjukkan kanak-kanak perempuan yang dipercayai ahli keluarga mangsa kelihatan kebingungan apabila kejadian tersebut berlaku di depan mata.

Menurut laporan, jam yang dicuri itu merupakan jenama Hublot's Black Caviar Bang buatan Switzerland yang dihiasi ratusan berlian hitam bernilai AS$1 juta (RM4.4 juta).

Susulan itu, mangsa telah membuat laporan polis dengan menfailkan jam tangan terbabit bernilai AS$800,000 (RM3.5 juta).

"Polis menerima laporan pada pukul 2.30 petang (waktu tempatan) mengenai kejadian apabila mangsa mendakwa dikeliling oleh sekumpulan perompak dan meragut jam tangan di pergelangan tangannya.

"Namun, tiada sebarang tangkapan atau suspek dikesan pada masa ini," jelas seorang anggota polis.

Pihak berkuasa juga memberi amalan kepada pelancong agar berhati-hati apabila melewati kawasan bandar terutama di kawasan elit atau hotel mewah. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram