Perompak ditolak jatuh dari bumbung di Keningau rupanya positif syabu


  • 112
  • Rabu, 06 Apr 2022

PEROMPAK yang ditolak daripada bumbung selepas enggan akur pada arahan polis. — Facebook

SEORANG perompak mengalami kecederaan selepas ditolak jatuh dari bumbung kerana didakwa cuba melalkukan rompakan di Taman Majlis Daerah Keningau 2, Sabah pada malam Selasa.

Difahamkan, suspek telah dikepung oleh orang ramai sebelum terjatuh akibat ditolak kerana tidak mendengar arahan polis.

Ketua Polis Daerah Keningau, Deputi Superintenden Nor Rafidah Kasim dalam satu kenyataan berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 9 malam.

"Suspek telah ditangkap dengan dibantu orang ramai setelah terjatuh dari bumbung rumah.

"Hasil pemeriksaan fizikal mendapati suspek tidak mempunyai kecederaan yang serius dan kita juga menemukan barangan milik tuan rumah yang dicuri.

"Suspek juga didapati positif dadah jenis syabu dan mempunyai dua rekod jenayah melibatkan dadah dan pecah rumah," katanya.

Menurutnya, suspek kini ditahan reman selama empat hari dan kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram