Wanita 'kantoi' sorok syabu dalam lauk ikan tilapia sambal


  • Benua
  • Selasa, 07 Jun 2022

Empat platik kecil dadah jenis syabu ditemukan dalam bekas lauk ikan tilapia masak sambal. — Agensi

SEORANG wanita ditahan selepas cuba menyeludup dadah jenis syabu ke dalam pusat pemulihan dadah di Samarinda, Indonesia pada Isnin.

Ketua Pusat Pemulihan Dadah Samarinda, Hidayat berkata, wanita itu hadir ke pusat pemulihan untuk menghantar makanan kepada seorang daripada penghuni pusat pemulihan.

"Anggota berkuasa kemudian telah memeriksa bekas berisi lauk ikan tilapia sambal dan menemukan empat bungkusan plastik kecil berwarna hitam.

"Pemeriksaan lanjut kemudian mendapati plastik hitam kecil itu mempunyai serbuk kristal putih yang dipercayai dadah jenis syabu.

"Jumlah berat kesemua serbuk kristal disyaki syabu itu ualah seberat 25 gram," katanya.

Ujarnya lagi, suspek dengan seorang penghuni pusat pemulihan telah ditahan sebelum diserahkan kepada polis.

Tambahnya, orang ramai diingatkan supaya tidak sesekali mencuba untuk menyeludup apa sahaja barangan terlarang termasuk dadah ke dalam pusat pemulihan. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram