Tentera Israel musnahkan perigi Palestin


  • Benua
  • Selasa, 31 Mei 2022

Tentera Israel memusnahkan telaga air di Tebing Barat yang diduduki oleh penduduk Palestin. — Agensi

TENTERA Israel telah memusnahkan sebuah perigi yang digunakan oleh ratusan petani Palestin untuk mendapatkan sumber bekalan air di kampung Ras Atiyeh, berhampiran bandar Qalqilya, utara Tebing Barat, pada Isnin.

Mazouz Marabeh iaitu seorang penduduk Ras Atiyeh, memberitahu agensi berita Palestin, WAFA, tentera Israel menceroboh bahagian barat kampung itu dan memusnahkan perigi serta merampas semua peralatan digunakan untuk menimba air.

Palestine 2

Tentera Israel sedang mengawasi kerja-kerja memusnahkan sebuah perigi di Tebing Barat. — Agensi

Dia berkata, dengan memusnahkan perigi itu, Israel menafikan kira-kira 400 petani daripada mendapat manfaat air yang mereka gunakan untuk mengairi tanah pertanian mereka.

Mazouz mendakwa, Israel sengaja memusnahkan perigi yang dimiliki dan dikendalikan oleh Koperasi Pertanian Ras Atiyeh untuk menghalang semua petani tersebut daripada mendapat manfaat.

WhatsApp Image 2022-05-31 at 2.20.26 PM

Projek perluasan penempatan oleh Israel telah memberi kesan kepada bekalan air penduduk Palestin. — Twitter

Dalam ciapan Dr. Ramzy Baroud, seorang penulis bebas di Twitter, menyatakan Israel sedang memulakan projek perluasan penempatan penduduknya sehingga menyebabkan bekalan air Palestin telah kehabisan.

"Perluasan penempatan haram Yahudi menyebabkan bekalan air Palestin telah kehabisan, satu fakta yang semakin membuktikan sifat apartheid rejim Zionis," katanya dalam Twitter.

Baru-baru ini, tentera penjajah Israel telah mengumumkan 10 telaga akan dimusnahkan di bandar Az-Zawiya, barat Salfit, di utara Tebing Barat.

Sumber tempatan berkata, notis untuk memusnahkannya diserahkan kepada pemilik telaga air itu. Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram