Netizen 'sekolahkan' timbalan menteri, anggap tak tepat budak TikTok jadi ikon permotoran


Wan Ahmad Fayhsal yang menerima kunjungan Haqiem Stopa (baju hitam) baru-baru ini mendapat kecaman orang ramai. — Facebook Wan Ahmad Fayhsal

LAMAN Facebook Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal menerima ribuan kecaman orang ramai, selepas beliau menerima kunjungan daripada individu yang terkenal di TikTok.

Apatah lagi, Timbalan Menteri Perpaduan Negara menyatakan bahawa Haqiem Stopa, 22, terkenal dengan jolokan ikon permotoran anak muda.

"Saya benar-benar berasa kagum dengan semangat dan keikhlasan saudara Haqiem yang menyatakan keinginannya untuk menggunakan popularitinya sebagai platform menyatupadukan belia di negara ini.

"Haqiem yang terkenal menerusi platform TikTok sering berkongsi video-video yang membakar semangat untuk kita terus berjuang selain memupuk sikap saling hormat-menghormati dalam kalangan masyarakat," kata Ketua Armada Bersatu itu.

Tidak duduk diam, pengguna laman sosial seperti biasa menjalankan tanggungjawab mereka sebagai 'pengkritik' untuk mengulas perkara tersebut.

Rata-ratanya mengecam Wan Ahmad Fayhsal yang dianggap tidak seharusnya menjadikan individu itu sebagai ikon, selain mempersoalkan sumbangan yang telah diberi oleh anak muda tersebut.

template (79)

Tangkap layar respons netizen berhubung Haqiem Stopa yang diangkat sebagai ikon permotoran anak muda.

Zeno Valentino berpendapat, sepatutnya ikon sukan permotoran negara yang perlu diangkat adalah mereka yang pernah bertanding dalam kejohanan luar dan dalam negara.

"Sebagai contoh Leona Chin, Jazeman Jaafar, Tengku Djan, Hafizh Syahrin, Karamjit Singh. Bukan sampah TikTok yang buat video-video tak berfaedah langsung," katanya kesal.

Turut berpendapat sama, Noor Azlan Nardi berkata, Wan Ahmad Fayhsal sepatutnya memanggil pelumba-pelumba negara sebagai ikon anak muda.

Katanya, ramai lagi pelumba-pelumba negara yang masih aktif dan tidak aktif boleh diketengahkan untuk membangkitkan semangat anak muda.

"Bukan agas-agas macam ni. Buang karen je.

"Kemon (come on) YB, you can do better than this (anda boleh lakukan lebih baik berbanding ini)," katanya.

template (80)

Antara komen-komen netizen berkaitan kenyataan Wan Ahmad Fayhsal.

Muhammad Riedzuean Hakimie menulis: "Ikon permotoran celah mana pula ni? Dah kenapa tak panggil je pelumba-pelumba negara tu. Jangan sebab nak tarik undian daripada budak-budak yang taksub dia ni pula,"

Aizad Sulaiman berkata: "Ikon muda permotoran Malaysia adalah Gabit Saleh yang sekarang tengah berjuang untuk hidup,"

Sementara itu, Wan Shafiq berkata, ramai lagi anak muda yang berpelajaran tinggi boleh dijadiakn contoh untuk anak muda.

Selain itu, katanya, hero yang membantu mangsa banjir juga boleh dijadikan ikutan kerana tidak mengharap balasan dan bersikap merendah diri.

"Adakah tuan terlalu terdesak sampai mengambil contoh yang kurang sihat?" soalnya.

Pada masa sama, Nuratul Ekhqal berkata, ikon yang harus diketengahkan haruslah individu yang berbakat termasuk mereka yang cemerlang dalam pelajaran.

"Bayangkan belajar rajin-rajin dapat 12A, dapat belajar luar negara dan main sukan luar negara dalam negara untuk Malaysia.

"Sekali yang jadi ikon orang muda budak TikTok. Kejadahnya YB?" soalnya yang turut kesal.

Majoriti masih cuba mendapatkan komen Wan Ahmad Fayhsal berhubung perkara itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram