Ajaran sesat mengaku berguru dengan ALLAH SWT, tak iktiraf Nabi Muhammad rasul


  • Benua
  • Isnin, 16 Mei 2022

Pihak berkuasa berbincang dengan penganut aliran sesat di Pasuruan. — Agensi

SEKUMPULAN individu yang menganut ajaran sesat di Kabupaten Pasuruan, Indonesia menggusarkan orang ramai.

Kumpulan ini mendakwa mereka tidak mempunyai kepimpinan, malah lebih teruk mereka mengaku sebagai murid ALLAH SWT selain tidak mengakui kerasulan Nabi Muhammad SAW.

Perkara itu terbongkar ketika pihak berkuasa menyerbu bekas bangunan Warung Keluarga di Desa Cobanblimbing, Kecamatan Wonorjeo, dekat Kabupaten Pasuruan.

Kewujudan golongan ini juga diketahui Majlis Ugama Indonesia (MUI) dan dilaporkan kepada mukim (pihak berkuasa).

"Kami sudah ke lokasi dan menerima pengakuan mereka," salah seorang anggota penguatkuasa Wonorejo, Didik Suyanto pada Ahad.

Didik berkata, pengakuan ahli kumpulan ini menyatakan bahawa guru mereka adalah ALLAH SWT dan tidak mengiktiraf Nabi Muhammad SAW sebagai rasul. Oleh itu, mereka tidak mengucapkan dua kalimah syahadah.

Mereka juga mendakwa bahawa mereka boleh berkomunikasi secara langsung dengan tuhan. Golongan ini tidak mengiktiraf rukun Iman dan rukun Islam.

Bukan itu sahaja, kumpulan itu juga tidak mengiktiraf al-Quran versi Arab tetapi mengakui terjemahannya.

Mereka turut mendakwa tidak mengenali hadis-hadis.

Didik berkata, hasil pengakuan itu akan dijadikan bahan perbincangan ketika mesyuarat pada Isnin. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram