Senarai negara sambut Aidilfitri pada 2 Mei


  • Primer
  • Ahad, 01 Mei 2022

Arab Saudi turut menyambut Aidilfitri pada Isnin. — Reuters

SETELAH dua tahun sambutan Hari Raya Aidilfitri hambar akibat pandemik Covid-19, umat Islam di negara ini kini boleh menyambut perayaan itu tanpa sekatan seperti tahun-tahun sebelum ini.

Ramai nampaknya yang tidak sabar untuk menyambut Aidilfitri terutama selepas negara memasuki fasa endemik. Ia dapat dilihat dengan kesesakan luar biasa di lebuhraya-lebuhraya utama di seluruh negara sejak beberapa hari lalu.

Di media sosial pula, heboh mengenai tarikh perayaan itu dengan sebahagian netizen mengatakan bahawa Hari Raya Aidilfitri, yang mengikut kalendar jatuh pada Selasa, mungkin bakal disambut pada Isnin.

Menurut hujah sebahagian mereka, ia berdasarkan pengumuman oleh pihak berkuasa di beberapa negara bahawa Aidilfitri kali ini bakal disambut pada Isnin, terutama di negara jiran, Indonesia dan beberapa negara Arab lain.

Antara negara-negara yang bakal menyambut Aidilfitri pada Isnin, 2 Mei 2022 adalah:

Indonesia

England

Turki

Mesir

Australia

Perancis

Arab Saudi

Qatar

Emiriah Arab Bersatu (UAE)

Kuwait

Bahrain

Mesir

Sudan

Libya

Lubnan

Syria

Palestin

Iraq

Malaysia menggunakan kaedah Rukyah dan Hisab dalam menentukan awal bulan hijri termasuk tarikh awal puasa, Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha selaras dengan kehendak syarak dan mengikut kaedah ilmu falak serta astronomi yang telah dipersetujui semua negeri.

Aktiviti cerapan rasmi di seluruh negeri di Malaysia akan dilaksanakan di 29 lokasi pada petang Ahad, 29 Ramadan 1443H bersamaan 1 Mei 2022M.

Ia akan dilakukan oleh Jawatankuasa Melihat Anak Bulan/Rukyah Negeri yang dipengerusikan oleh Sahibus Samahah Mufti Negeri dan ahlinya terdiri daripada pakar falak, alim ulamak, pegawai falak yang berkemahiran serta Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (Jupem). — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram