Lelaki bunuh sahabat karib kerana dendam, sempat solat jenazah mangsa


  • Benua
  • Sabtu, 07 Mei 2022

SUSPEK pembunuhan, Ism (baju oren) mengaku membunuh rakan baiknya kerana dendam. — Agensi

SEORANG lelaki bukan sahaja membunuh rakan baiknya, tetapi sempat solat jenazah untuk mangsa sebelum ditahan pihak berkuasa.

Kejadian pembunuhan itu berlaku pada Sabtu lalu kerana suspek berdendam dengan mangsa yang telah menjual telefon bimbit yang dipinjamkannya.

Suspek yang dikenali sebagai Ism, 27, sebelum itu telah mengajak mangsa untuk masuk ke kawasan kebun di Desa Bugak Mesjid, Kacamatan Jangka, Indonesia untuk menghisap dadah bersamanya.

Apa yang tidak diketahui mangsa adalah suspek sebelum itu sudah merancang untuk membunuhnya dan mahu menyorok mayatnya ke dalam sebuah perigi.

Mayat Farhan kemudian telah ditemukan oleh pemilik kebun, Aman Surya, 50, selepas dia tercium bau busuk dan melaporkannya kepada pihak berkuasa.

Suspek kemudian telah berpura-pura tidak mengetahui apa yang berlaku dan sempat ke rumah mangsa ketika jenazah dibawa pulang.

Malah, Ketua Polis Daerah Bireuen, Mike Hardy berkata, suspek juga sempat hadir untuk melakukan solat jenazah.

Namun, siasatan polis beberapa hari selepas itu membawa kepada penangkapan Ism dan suspek sendiri mengaku melakukan perkara tersebut.

"Memang saya sudah merancang untuk membunuhnya kerana dendam disebabkan dia menjual telefon bimbit saya," katanya.

Menurut Hardy, siasatan juga mendapati selepas Ism membunuh rakan baiknya itu telah mengambil telefon bimbit mangsa sebelum menjualnya dengan harga RM300. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram