ORANG ramai diingatkan supaya menjaga kebersihan persekitaran atau tindakan tegas terhadap 'kutu sampah' akan diambil, kata Presiden Majlis Perbandaran Sandakan (MPS), Benedict Asmat.
Peringatan itu susulan klip video tular baru-baru ini menunjukkan orang ramai berjalan di sepanjang jalan yang dipenuhi sampah di Sandakan. Rakaman itu dipercayai telah diambil beberapa hari lalu.