SEORANG lelaki dan anak lelakinya ditahan penduduk kerana didakwa mencuri wang dari tabung amal atau infaq Masjid Muhajirin di Desa Sena, Kecamatan Batang Kuis, Kabupaten Deliserdang, Sumatera Utara.
Lelaki yang dikenali sebagai Akhir Muhammad Rajab, 43, menjadi sasaran kemarahan penduduk di Pasar 3 Datuk Kabu, Daerah Percut Sei Tuan, Sumatra Utara, Indonesia apabila dirinya tertangkap mencuri wang derma di beberapa buah masjid.
Lelaki itu ditangkap pada Sabtu selepas solat Asar dan video penangkapan itu tular di media sosial dengan muka suspek berlumuran darah akibat dipukul oleh penduduk kampung.
Manakala anaknya yang baru berusia 9 tahun hanya mampu melihat ayahnya dipukul dengan perasaan takut.
Sebelum ini, perbuatan terkutuk lelaki itu telah beberapa kali dirakam kamera pengawasan namun nasibnya kali ini tidak seberapa baik apabila tertangkap oleh penduduk kampung.
Penduduk kampung berasa curiga dengan tingkah laku suspek pada hari tangkapan itu dan lelaki itu juga sempat disoal oleh mereka sebelum dipukul.
Selepas disiasat polis, ternyata suspek telah berkali-kali mencuri wang dari tabung amal itu sejak 2020.
Modus operandi yang digunakan setiap kali bertindak adalah menggunakan kopiah seakan ingin menunaikan ibadah di masjid dan membawa anaknya.
Terdapat tujuh laporan aduan berkaitan kecurian di masjid sekitar kawasan Medan.
Manakala di kawasan Deliserdang pula terdapat tiga buah masjid yang menjadi lokasi kecurian lelaki itu.
Ini bermakna sebanyak 10 buah masjid yang menjadi lokasi aktiviti lelaki itu mencuri tabung amal.
Ketua Polis Daerah Batang Kuis, AKP Simon Pasaribu, pada Ahad mengesahkan kejadian tersebut.
Barang bukti yang ditemukan hasil tangkapan itu ialah sebuah motosikal jenis Yamaha Mio, 1 pengapit besi sepanjang 30 centermeter dan 1 pemotong besi.
“Penjenayah diserahkan kepada Polis Medan Timur, Polrestabes Medan, kerana terdapat beberapa kes kecurian tabung derma masjid yang dilakukannya.
"Bagi Polis Batang Kuis pula, tindakan penjenayah itu dalam kategori belum terjadi ekoran suspek baru nak menghampiri tabung amal tetapi dan penduduk terus saja membelasahnya,” jelasnya. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram