Lima tahun sebagai Muslim, Ramadan kali ini paling sedih buat Viktoria Nesterenko


  • Benua
  • Jumaat, 22 Apr 2022

Nesterenko (dua dari kiri) menghulurkan bantuan makanan kepada orang awam dan tentera Ukraine. — Agensi

ENAM tahun lalu, wanita ini tidak mengetahui apa-apa tentang agama Islam.

Dia tidak mengenali siapakah penduduk Muslim di Ukraine.

Namun, pada tahun keenamnya berhijrah menjadi seorang Muslimah, wanita itu antara yang paling aktif beribadah di masjid di Kyiv.

Sejak pencerobohan Rusia terhadap Ukraine pada akhir Februari lalu, wanita berkenaan yang dikenali sebagai Viktoria Nesterenko, menjadi koordinator pusat sukarelawan di sebuah kompleks masjid.

Tetapi, Ramadan kali ini bukanlah yang terindah buat Nesterenko.

"Sangat memilukan dan sedih. Saya tertekan kerana memikirkan perang yang melanda.

"Ketika solat tarawih, foto mengerikan mangsa peperangan yang terbunuh seperti orang awam dan kanak-kanak tidak lekang dari pemikiran saya.

"Yang paling berat adalah secara rohaninya, bukan menahan lapar tetapi untuk merasakan suasana Ramadan tanpa memikirkan perang dan tidak terbayang mangsa peperangan," katanya.

Screenshot 2022-04-21 215240

Kebanyakan penduduk Muslim di Ukraine berlindung di masjid. — Agensi

Pencerobohan Rusia menyebabkan sekurang-kurangnya 46,000 orang terkorban dan kira-kira 13 juta penduduk Ukraine kehilangan tempat tinggal.

Ujar Nesterenko, agama Islam memberikan kekuatan kepadanya mengharungi keadaan yang sukar seperti sekarang.

"Islam membantu saya untuk menjadi lebih kuat dan dapat melakukan apa yang boleh saya lakukan untuk membantu orang.

"Saya tetap membaca al-Quran dan itu menjadi sumber kekuatan saya," jelasnya.

Nesterenko mula mengucap syahadah sekitar tahun 2017 selepas mengenali orang Muslim secara dekat ketika melancong di Sri Lanka. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram