Berhenti kerja 9 hingga 5, wanita ini tekad jadi model kaki


  • Benua
  • Isnin, 18 Apr 2022

Devin McCloud menggunakan platform TikTok untuk berkongsi rahsia kejayaannya.

SEORANG wanita berhenti daripada kehidupannya bekerja 'sembilan hingga lima' atau waktu pejabat dan mula menjual gambar kakinya dalam talian yang mana kini dia memperoleh pendapatan untuk menjalani kehidupan dengan selesa.

Devin McCloud menggunakan TikTok untuk berkongsi rahsia kejayaannya bersama 45,000 pengikutnya tetang cara dia menjana wang walaupun tidak melakukan sebarang kerja normal seperti orang lain.

Seperti yang dilaporkan Daily Star, penari yang kini bekerja sebagai model kaki itu terbuka sepenuhnya tentang profesionnya itu dan dia juga berkongsi cara melakukan pekerjaan itu.

Klip TikToknya mendapat 1.3 juta tontonan dan orang ramai memuji pandangan Devin sehingga ada yang mengatakan mereka telah menemukan 'pekerjaan impian' selepas menonton video wanita itu.

Devin berkata, dia perlu membuat akaun Instagram baharu khusus untuk 'kerjaya' kakinya dan gambar-gambar memakai barang kemas tertentu yang akan diletakkan di laman media sosial itu bagi mencari ejen.

"Terdapat pelbagai laman web seperti Feet Finder yang anda boleh buat duit," katanya.

Dalam video sebelum ini, Devin berkata, dia sentiasa mempunyai kuku kaki yang akan dicat putih sebagaimana mengikut petua Perancis kerana ia boleh menarik perhatian daripada pelanggan.

Dalam klip lain yang dia muat naik ke akaunnya, Devin berkongsi faedah tentang menjadi model kaki.

"Anda menjadi bos kepada diri sendiri, anda sentiasa mempunyai kaki yang kelihatan cantik, anda bertemu dengan ramai kenalan baharu dan semua itu mengikut masa anda," katanya. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram