SEKUMPULAN remaja didenda melakukan tekan tubi oleh pihak polis kerana didakwa membakar mercun sehingga mengganggu penduduk kawasan perumahan.
Menurut polis, remaja tersebut mendakwa mereka membakar mercun kerana mahu membangunkan penduduk di kawasan Kapuk, Cengkareng di Jakarta Barat, Indonesia untuk bersahur.
"Ya betul, kami mendenda mereka melakukan tekan tubi kerana perbuatan mereka membakar mercun untuk membangunkan penduduk sahur.
"Selepas diketahui oleh pihak polis yang bertugas melakukan rondaan, kami segera 'mengajar' mereka dan menyuruh mereka bersurai supaya tidak terjadi perkata yang tidak diingini," kata seorang wakil pihak polis.
Tambahnya, kira-kira 10 remaja terlibat dalam kejadian sekitar jam 3 pagi itu.
Video pihak polis mendenda kesemua remaja tersebut melakukan tekan tubi tersebar di media sosial. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram