Doa Zarul Umbrella akhirnya termakbul di bulan Ramadan ini


  • Hiburan
  • Rabu, 20 Apr 2022

Zarul Umbrella berhadap dia dapat tampil dengan lagu kerohanian setiap tahun.

BERGELAR seorang penyanyi, tipulah jika tiada sekelumit pun perasaan untuk tampil dengan sebuah lagu yang mengajak manusia ke arah kebaikan.

Begitu juga yang dirasakan bagi penyanyi, Zarul Umbrella yang memberitahu bahawa disepanjang perjalanan kerjayanya, tiada satu pun lagu berbaur kerohanian yang dibawakannya.

"Memang sejak dahulu lagi saya mengimpikan sebuah karya berbentuk kerohanian bersempena dengan bulan Ramadan. Dah lama sangat saya teringin sebenarnya.

"Setiap hari saya berdoa kepada Allah agar diberi rezeki yang tidak disangka-sangka dan Allah maha mendengar doa hambanya.

"Akhirnya saya dihubungi oleh anggota kumpulan nasyid UNIC, Fitri Haris yang mengajak saya untuk berduet dalam sebuah lagu dengannya," katanya kepada Majoriti.

Menurut Zarul, dia tidak menunggu lama untuk menerima tawaran bagi menyanyikan lagu yang berjudul Syuhud Qalbu itu.

Jelasnya, lagu Syuhud Qalbu itu diakuinya sangat sedap dan mampu membuatkan orang menangis dan disebabkan itu juga dia berharap mahu tampil dengan karya kerohanian setiap tahun.

"Sebab itu saya fikir bila kita keluarkan lagu cinta sahaja, kita tukar lagu tu kepada cinta kepada ALLAH," katanya.

Dalam pada itu, Zarul turut memberitahu yang dia kini dilantik sebagai felo Pusat Latihan Teknikal MEATECH yang turut bekerjama dengan YEG Academy.

"Saya dilantik sebagai felo MEATECH selama setahun berdasarkan pengalaman selama 16 tahun sebagai pramugara Malaysia Airlines selain saya sering berkongsi cerita dunia penerbangan di saluran YouTube.

"Tugas saya adalah berkongsi pengalaman dan mendedahkan pelajar kepada dunia sebenar industri penerbangan.

"Sebenarnya industri penerbangan bukan sekadar juruterbang, pramugara, pramugari dan pekerja barisan hadapan di lapangan terbang, sebaliknya sangat luas termasuklah industri kargo dan karier dalam perkhidmatan pengendalian darat yang bukan hanya ada di Malaysia, tetapi seluruh dunia," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram