
SUPERMODEL tersohor dunia, Bella Hadid mendedahkan yang setiap status di akaun Instagram miliknya akan disekat bila dia memuat naik sebarang video atau laporan berkaitan kekejaman Israel di Palestin.
Menurut Hadid, kebiasaannya setiap status yang dimuat naik di Instastories akan dilihat ramai orang apatah lagi dia mempunyai 51 juta pengikut di Instagram.
"Tetapi bila saya saya muat naik berkenaan isu penindasan di Palestin, akaun saya seperti disekat dan kurang daripada sejuta pengikut sahaja yang dapat melihat," katanya.
Hadid yang berdarah kacukan Palestin- Amerika Syarikat itu sangat aktif memperjuangkan hak penduduk Palestin.
Malah, dia dan kakaknya yang juga seorang supermodel, Gigi Hadid sering turun memberi sokongan sekiranya terdapat protes jalanan menentang penindasan terhadap rakyat Palestin.
Pada Jumaat, sebanyak 400 orang penduduk Palestin telah ditahan oleh tenreta bersenjata Israel di perkarangan Masjid Al Aqsa ketika solat Subuh.
Pertempuran antara polis Israel dan rakyat Palestin itu juga menyebabkan 158 cedera dan enam parah. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram