Bersetubuh dengan biawak, empat lelaki berdepan hukuman penjara


  • Benua
  • Ahad, 17 Apr 2022

Biawak pemantau itu dikategorikan sebagai spesies terancam di bawah Akta Perlindungan Hidupan Liar India 1972.— Agensi

POLIS menahan empat lelaki di Maharashtra, India kerana didakwa melakukan persetubuan luar tabii dengan seekor biawak jenis Bengal Monitor di dalam kawasan perlindungan harimau.

Insiden itu terbongkar apabila pegawai perhutanan menemui rakaman di telefon bimbit salah seorang tertuduh yang dikatakan merogol biawak tersebut semasa siasatan.

Keempat-empat suspek berjaya ditangkap oleh pegawai perhutanan menerusi bantuan kamera litar tertutup (CCTV) yang diletakkan di dalam Kawasan Simpanan Harimau Sahydari.

Peralatan lain yang dirampas pihak berkuasa termasuk pistol yang digunakan untuk pemburuan haram, bateri dan dua buah motosikal.

Tiga daripada tertuduh juga didapati melawati kawasan simpanan itu bagi tujuan memburu.

Beberapa lagi gambar tenggiling, arnab, kancil dan landak yang diburu turut ditemui dalam telefon bimbit tersebut.

Pada 8 April 2022, mahkamah tempatan membenarkan mereka diikat jamin.

Pegawai perhutanan menambah bahawa mereka sedang menuntut "hukuman maksimum" untuk dikenakan terhadap tertuduh.

Media tempatan turut melaporkan bahawa biawak itu dikategorikan sebagai spesies terancam di bawah Akta Perlindungan Hidupan Liar India 1972.

Sekiranya tertuduh disabitkan kesalahan, mereka boleh dihukum mengikut Akta Perlindungan Hidupan Liar iaitu dipenjara selama tujuh tahun.

Bagaimanapun, pihak berkuasa sedang mempertimbangkan untuk mendakwa tertuduh melakukan kesalahan di bawah undang-undang berbeza mengikut Seksyen 377 Kanun Keseksaan India (Kesalahan Luar Biasa). — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram