Semata-mata nak seronok, lelaki terima padah asyik masukkan wayar fon telinga ke pundi kencing


  • Benua
  • Sabtu, 16 Apr 2022

Wayar yang berukuran 2-3 milimiter lebar dan 80cm panjang berjaya dikeluarkan menggunakan 'grasping forceps'. — Agensi

PADAH menimpa seorang lelaki selepas wayar fon telinga yang digunakan ketika beronani tersangkut dalam pundi kencingnya.

Lelaki berusia 34 tahun yang berasal dari Surabaya, Indonesia itu dikejarkan ke bahagian kecemasan Hospital Umum Daerah Dr. Soetomo selepas mengadu sakit perut ketika membuang air kecil.

Lelaki itu mendedahkan kepada doktor bahawa dia memasukkan wayar fon telinga ke bahagian uretranya tiga hingga lima kali seminggu ketika melakukan perbuatan itu.

Para doktor yang merawat lelaki itu berkata, mereka tidak menemui sebarang tanda simptom psikotik, OCD, kebimbangan atau kemurungan.

Perbuatan itu dilakukan semata-mata untuk "keseronokan dan kepuasan seksual", dan wayar yang tersangkut dalam pundi kencingnya itu berjaya dikenal pasti dengan pantas oleh pihak hospital.

1_PAY-Man-gets-80cm-earphone-wire-stuck-in-BLADDER-after-using-it-while-masturbating

Imej wayar fon telinga yang berada dalam pundi kencing lelaki itu.

Menurut doktor, wayar tersebut tergulung dan lelaki itu bernasib baik kerana ia tidak melekat di bahagian dinding pundi kencingnya.

Operasi mengeluarkan wayar yang berukuran antara dua hingga tiga milimiter lebar dan 80 sentimeter panjang itu dilakukan menggunakan alat yang dikenali sebagai 'grasping forceps'.

Lelaki itu dibenarkan keluar daripada hospital keesokan harinya tanpa sebarang luka di bahagian pundi kencing dan didiagnosis dengan polyembolokoilamania, iaitu tindakan memasukkan benda asing ke dalam lubang seperti dubur atau faraj. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram