Gatick padam gambar, chat dengan Mr VVIP untuk lacurkan Tangmo


  • Benua
  • Jumaat, 15 Apr 2022

Gatick (kiri) dikatakan cuba melacurkan Tangmo kepada golongan VVIP. — Agensi

TERNYATA data yang dipadam di telefon sangat mudah untuk dipulihkan. Ini juga yang akan memudahkan pasukan penyiasat polis Muang Nonthaburi, Thailand untuk memeriksa data yang dipadamkan oleh rakan baik mendiang Tangmo Nida yang juga pengurus aktres itu, Idsarin 'Gatick' Juthasuksawat.

Difahamkan, Gatick memadamkan beberapa gambar dan chat di telefon bimbitnya serta telefon milik Tangmo beberapa saat selepas pelakon malang itu terjatuh daripada bot laju ke dalam Sungai Chao Phraya pada 24 Februari lalu.

Pemadaman data oleh Gatick itu kemudiannya dilaporkan oleh ibu Tangmo, Panida Siriyudthayothin kepada pihak polis.

Melalui peguamnya, Decha, Panida memfailkan aduan terhadap Gatick atas tuduhan memusnahkan bukti.

Dilaporkan Thairath, pasukan penyiasat polis Muang Nonthaburi telah menghubungi penyedia nombor mudah alih Gatick dan Tangmo Nida untuk mengembalikan data yang dipadamkan oleh wanita terbabit.

553

Gatick (kanan) dikatakan memadamkan beberapa gambar dan chat di telefon bimbitnya serta telefon milik mendiang Tangmo. — Agensi

Seorang pensyarah warga Indonesia di sebuah universiti di Thailand, Anjas berkata, tidak sukar untuk memulihkan data telefon bimbit yang dipadam terutama data berusia bawah 60 hari.

"Selagi ada kebenaran daripada pihak berkuasa berkaitan, penyedia syarikat telekomunikasi akan memulangkan data yang dipadamkan," katanya di saluran YouTube miliknya.

Dilaporkan bahawa data yang dipadamkan oleh Gatick termasuklah perbualan dengan seorang Mr VVIP.

Satu lagi data yang dikatakan penting ialah data transaksi Gatick dengan Mr VVIP berhubung 'penjualan' Tangmo Nida.

Bagaimanapun, masih belum ada kepastian bahawa data yang dipadamkan itu berkaitan dengan kedua-dua perkara terbabit.

Tuduhan berhubung Tangmo telah dijual oleh Gatick pada 24 Februari dan kononnya Mr VVIP sedang menunggu Tangmo di hotel juga tidak dapat dibuktikan sehingga kini.

Memetik laporan Thairath lagi, bekas polis Thailand, Santhana sempat menemui dua nombor VVIP yang menghubungi Gatick pada malam pelakon itu meninggal dunia.

Nombor telefon bimbit yang mencurigakan itu berakhir dengan digit 6666 dan 4444. Selain itu, dia juga menjumpai bil hotel atas nama Tangmo Nida.

52972133

Santhana menemui dua nombor VVIP yang menghubungi Gatick pada malam pelakon itu meninggal dunia. — Agensi

Sementara itu, seperti dilaporkan portal itu dengan memetik, pakar forensik terbaik Thailand, Dr Pornthip Rojanasunan yang berkata, dia dapat merasakan apa yang akan berlaku lebih dahsyat berbanding semasa kes pembunuhan Jenjira Ployangunsri pada tahun 1998.

Untuk rekod, Jenjira, pelajar perubatan berusia 23 tahun dibunuh oleh teman lelakinya yang juga seorang pelajar perubatan dengan menembak mangsa di kepala sebelum mengerat badannya menggunakan pisau.

"Pada masa itu berlaku perubahan sehingga diwujudkan sebuah institut sains forensik di Kementerian Kehakiman dan sistem pengenalan tanpa nama," tulis Pornthip.

Pornthip percaya bahawa akan ada perubahan sistematik dalam kes kematian Tangmo Nida.

"Ini kerana, rakyat dari segenap lapisan masyarakat di Thailand tampil menuntut keadilan untuk Tangmo Nida," ujarnya. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram