Risau kematian anak 'tunang' terbongkar, lelaki cekik bidan sampai mati sempat makan telur sebelum campak mayat ke bawah jambatan


  • Benua
  • Rabu, 13 Apr 2022

Donny melakonkan semula bagaimana dia membuang mayat Sweetha dari atas jambatan Tol Semarang. — Agensi

POLIS membuat lakonan semula ke atas kes pembunuhan seorang bidan, Sweetha Kusuma Gatra Subardiya, 32, yang mayatnya dibuang di bawah jambatan Tol Semarang, Indonesia.

Suspek, Donny Christiawan Eko Wahyudi, 31, melakonkan semula sebanyak 30 babak bermula daripada detik dia menghubungi mangsa, menjemput, membunuh hingga membuang mayat mangsa.

Lakonan semula itu dimulakan dengan pelaku menghubungi mangsa untuk membawa kain sarung ketika bertemu di Semarang. Kejadian itu ditunjukkan di Ibu Pejabat Polis Jawa Tengah.

Pegawai polis yang menyiasat lokasi kejadian memaklumkan, kain sarung itu bertujuan untuk menggantung mangsa dan suspek tidak menafikan perkara tersebut.

20220318104240-13

Mayat Sweetha dan anaknya dijumpai di bawah jambatan Tol Semarang. — Agensi

Suspek menjemput mangsa ke hotel

Adegan diteruskan di hadapan salah sebuah pasar mini di kawasan Sukun, Banyumanik. Di situ, suspek menjemput mangsa menaiki sebuah kereta sedan berwarna hijau sebelum membawanya ke sebuah hotel di Jalan Dr Wahidin. Hotel itu berkonsepkan garaj kereta di tingkat bawah dan terdapat bilik di tingkat atas.

Selepas garaj kereta ditutup, mereka berdua ke bilik hotel. Ketika itu Donny mendakwa ternampak gambar rajah seakan-akan azimat dengan namanya di dalam bilik air.

"Di dalam bilik air, saya jumpa sepucuk surat. Saya tanya (Sweetha). Macam mana ada tulisan Arab dengan nama saya.

"Dia jawab 'tak, saya tak pernah syirik'. Lepas tu dia tanya pasal anak dia," kata Donny semasa lakonan semula itu yang turut disaksikan pendakwa raya dan peguam.

rekonstruksi-pembunuhan-bidan-sweetha_169

Donny melakonkan semula bagaimana dia menindih dan mencekik mangsa di atas katil. — Agensi

Mangsa bertanyakan anak

Ketika itu, kata Donny wanita itu terus bertanyakan anaknya. Namun bukan itu yang menyebabkan dia membunuh Sweetha, sebaliknya mengaku panik apabila ditanya mengenai keberadaan si anak, Muhammad Faeyza, 5 tahun, yang telah dibunuh terlebih dulu di rumahnya di Rembang.

Detik pembunuhan

Dalam adegan ke-14, Donny menindih Sweetha di atas katil dan mencekik mangsa. Dia kemudiannya mengambil tudung milik mangsa dan melilitkannya pada leher wanita terebut.

Suspek kemudian membalut tubuh mangsa dengan kain sarung yang dibawa mangsa sebelum membawa mayat itu dan meletakkannya di tempat duduk belakang keretannya.

“Saya sempat naik (ke bilik), makan telur,” kata Donny yang mengaku berpura-pura membuat laporan orang hilang kepada pihak polis.

pembunuh-bidan-sweetha-menangis-jalani-reka-ulang_169

Donny melakonkan semula bagaimana dia membuang mayat Sweetha dari jambatan Tol Semarang. — Agensi

Buang mayat mangsa

Donny kemudian kembali ke dalam kereta dan mencari tempat pembuangan. Dia mendapati ada tempat sunyi jauh dari penempatan dan membuang mayat Sweetha dari atas jambatan Tol Semarang-Bawen KM 425.

Adegan terakhir lakonan semula adalah di mana pelaku melemparkan mangsa dari ketinggian lebih daripada 20 meter.

“Kami melakukan pelbagai adegan di mana terdapat 30 adegan yang bertujuan untuk menyelaraskan siasatan, bukti, keterangan saksi dan keterangan suspek,” kata Pengarah Siasatan Jenayah Polres Jawa Tengah, Komisioner Besar Djuhandhani Rahardjo Puro.

Setakat ini, lakonan semula dan huraian berpadanan termasuk membuktikan rancangan pembunuhan itu dengan meminta mangsa membawa kain sarung.

"Kami dapat tahu dia merancang pembunuhan itu dengan cara menggantung tetapi apa yang dia lakukan adalah dengan mencekik mangsa," katanya.

Sweetha-Kusuma-Gatra-Subardiya

Anak Sweetha dibunuh secara berasingan dengan dikurung dalam bilik hingga mati kelaparan. — Agensi

Pembunuhan anak mangsa

Mengenai pembunuhan anak Sweetha, Djuhanhdani berkata, perbuatan itu dilakukan secara berasingan di mana anaknya dikurung di dalam sebuah bilik hingga mati kelaparan.

Siasatan pembunuhan Sweetha bermula selepas satu mayat wanita ditemukan di bawah jambatan di tol berkenaan pada 13 Mac lalu dan tiga hari kemudian, satu mayat kanak-kanak ditemukan di lokasi sama.

Hasil siasatan mengenal pasti identiti mayat wanita itu sebagai Sweetha manakala mayat kanak-kanak itu adalah anaknya yang berusia lima tahun.

Berdasarkan soal siasat, Donny mengakui membunuh anak Sweetha dengan mengurungnya dalam bilik dan tidak diberi makan selama beberapa hari sehingga kanak-kanak itu mati pada 20 Februari lalu.

Donny memaklumkan dia merupakan tunang Sweetha dan menawarkan diri untuk menjaga anaknya ketika wanita itu bekerja.

Pada 7 Mac, suspek bertemu dengan Sweetha kerana wanita itu mahu berjumpa dengan anaknya sebelum dia dibawa ke sebuah hotel.

Setibanya di hotel, Donny yang panik kerana didesak Sweetha untuk berjumpa anaknya terus memukul wanita itu sehingga mati sebelum mayatnya dimasukkan ke dalam guni dan dibuang di bawah jambatan tol. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram