Aksi berani mati bawa padah, remaja mahu rakam content parah diseret lori


  • Benua
  • Isnin, 11 Apr 2022

MANGSA difahamkan gemar mencipta kandungan menahan trak di tengah jalan. — Agensi

SEORANG remaja lelaki di Tangerang, Banten, Indonesia cedera parah selepas dianggar lori ketika membuat kandungan di media sosial.

Dalam kejadian pada tengah hari jumaat, remaja berusia dalam lingkungan 15 tahun itu dikatakan mahu melakukan aksi berani mati menahan sebuah lori di tengah jalan

Ketua Polis Metro Kota Tangerang, Kombes Komarudin, remaja berkenaan kemudian diseret lori berkenaan menyebabkan perutnya luka.

"Kejadian di Jalan Pembangunan 3 Neglasari, Kota Tangerang. mangsa cedera parah dan dihantar ke Hospital Daerah Tangerang.

“Mangsa diseret sebuah kenderaan menyebabkan luka terbuka di perutnya,” katanya.

Tambahnya lagi, berdasarkan kenyataan rakan mangsa, dia difahamkan gemar mencipta kandungan menahan trak di tengah jalan.

Polis turut menyemak akaun media sosial mangsa dan didapati ada beberapa video kandungan sedemikian, (memberhentikan trak). itu,”

"Mangsa mencipta kandungan untuk menghentikan trak di beberapa tempat.

"Ada beberapa kandungan yang dirakam di tempat yang berbezadan bukan di tempat ia berlaku sebelum ini," ujarnya. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram