SEORANG lelaki ditahan pihak polis selepas didakwa mencabul anak majikannya berusia lima tahun, dalam kejadian yang berlaku di Bima, Nusa Tenggara Barat, Indonesia.
Menurut pihak berkuasa, lelaki yang berusia 26 tahun itu ditahan pada malam Sabtu lalu selepas mangsa tidak berhenti menangis akibat kesakitan yang dialami.
"Suspek yang datang ke rumah majikannya setiap hari untuk bekerja melakukan perkara itu sehari sebelum dia ditahan.
"Mangsa yang tidak henti menangis akibat dicabul memberitahu orang tuanya mengenai kelakuan suspek," kata wakil pihak berkuasa.
Tambahnya, setelah mendengar cerita kanak-kanak itu, ibu bapanya terus melaporkan perkara itu kepada pihak berkuasa.
Suspek kemudian segera ditahan oleh pihak berkuasa bersama bahan bukti berupa seluar dalam mangsa. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram