MINGGU lalu kecoh di seluruh dunia selepas 63 orang kanak-kanak di United Kingdom (UK) mengalami gejala cirit birit, demam dan kejang perut kerana dijangkiti wabak Salmonella.
Apa yang merisaukan, wabak Salmonella itu dikatakan berpunca daripada produk coklak Kinder Suprise yang menjadi kegilaan kanak-kanak seluruh dunia.
Berikutan itu, beberapa buah negara sudah mula menarik semula penjualan coklat tersebut selepas tercemar dengan wabak Salmonella.
1) United Kingdom (UK)
UK menarik semula penjualan produk tersebut pada 2 April lalu selepas wabak itu mula dikesan menjangkiti kanak-kanak.
Malah, syarikat pengeluar produk tersebut, Ferrero juga menarik semula produk yang dihasilkan di Belgium itu.
SETAKAT ini coklat Kinder yang dihasilkan di Belgium yang didapati membawa wabak Salmonella.
2) Singapura
Singapura Food Agency (SFA) juga menarik balik produk coklat itu antaranya Kinder Mini Eggs, Kinder Egg Hunt Kit dan Kinder Suprise Maxi dari Belgium.
SFA menarik balik kerana risau produk dengan tarikh luput pada 20 April hingga 21 Ogos 2022 akan dijangkiti wabak Salmonella dan sebagai langkah pencegahan awal.
3) Indonesia
Indonesia juga menarik semula produk Kinder yang dijual di negara itu walaupun coklat itu dihasilkan dari India dan bukannya Belgium.
Namun, Indonesia memilih untuk menarik juga produk tersebut sebagai langkah awal untuk mengelak menularan tersebut. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram