Rumah dimasuki penyamun ketika solat tarawih


  • Benua
  • Isnin, 04 Apr 2022

MANGSA menunjukkan pintu yang digunakan suspek untuk memecah masuk rumah ketika mereka menunaikan solat tarawih. — Agensi

SEBUAH rumah dimasuki pencuri ketika penghuninya menunaikan solat tarawih di Desa Sundatangan, Indonesia pada malam Sabtu.

Menurut mangsa, Yudi Hidayat Wijaya, suspek dikatakan masuk menerusi pintu belakang rumahnya dan melarikan barangan barangan kemas, wang tunai, dua telefon dan sebuah motosikal.

"Lepas tarawih di surau, saya rasa tak sedap badan. Bila saya balik ke rumah, saya dapati lantai rumah sudah kotor dan menghalang adik-beradik saya yang lain daripada memasuki rumah itu.

"Setelah memastikan tiada sesiapa, saya kemudian masuk untuk memeriksa keadaan di dalam rumah. Saya melihat beberapa barang dirosakkan suspek.

"Memang ada bukti yang suspek mengumpil pintu dapur sebelum masuk dan melakukan rompakan," katanya.

Dalam pada itu, Yudi berkata, jumlah kerugian yang dialami berikutan kes tersebut dianggarkan mencecah lebih RM11,000. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

benua, rompakan, indonesia, tarawih, masjid